Dan mengapa kamu tidak mengifaqkan hartamu pada jalan Allah, padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi? Tidak sama orang yang menafkahkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum penakhlukan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang yang menginfaqkan (hartanya) dan berperang setelah itu. Dan Allah menjanjikan kepada mereka balasan yang lebih baik. Dan Allah Maha teliti terhadapa apa yang kamu kerjakan.
Al Hadid 57:10
Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.
Al Hadid 57:18
Setelah pihak tentera Mesir melakukan penggeledahan terhadapnya, dijumpai sebuah hard disk. Dalamnya terkandung maklumat 750 ribu keluarga seluruh Mesir. Pasti mengejutkan dan ia adalah satu penemuan beharga bagi tentera Mesir. Itulah maklumat keluarga-keluarga miskin seluruh Mesir yang diberi bantuan bulanan oleh akh ini.
Akh ini adalah Ir Khairat Shater.
Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin.
Suatu hal yang tidak disangka dunia. Seorang yang kaya raya rupanya dermawan dalam diam yang menjaga kebajikan tiga juta rakyat Mesir saban bulan. Apakah ini digelar sebagai pengganas?
Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin.
Suatu hal yang tidak disangka dunia. Seorang yang kaya raya rupanya dermawan dalam diam yang menjaga kebajikan tiga juta rakyat Mesir saban bulan. Apakah ini digelar sebagai pengganas?